Wednesday, April 14, 2010

Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM

Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2005 ke atas yang berminat menyambung pelajaran, sila baca maklumat berikut :

Adalah di maklumkan bahawa UiTM Johor masih memerlukan ramai calon yang layak diketengahkan sebagai pelajar Pra Perdagangan di UiTM Johor (Sasaran adalah seramai 500 orang pelajar Pra Perdagangan). Oleh itu, mohon bantuan semua staf akademik dan bukan akademik untuk membantu pihak pengurusan merealisasikan sasaran tersebut. AJK Program Mengubah Destini Anak Bangsa masih dalam proses pemilihan calon-calon yang layak kerana kebanyakan Borang Calon yang diterima setakat ini adalah tidak menepati kriteria yang diperlukan oleh sistem kemasukan calon yang layak.

Maklumat Yang Perlu Diambil Perhatian :

1.) Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.
2.) Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD003 (Ditawarkan di UiTM Johor semester Julai - November 2010)

- 4 subjek mesti kredit -
Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik
Kredit - 3 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

3.) Tarikh TUTUP PERMOHONAN adalah pada atau sebelum 25 APRIL 2010.

Kepada sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang di laman web http://johor.uitm.edu.my/ . Borang yang telah lengkap diisi bersama-sama salinan IC dan salinan keputusan SPM boleh dihantar terus ke Kaunter BHEA, UiTM Johor Kampus Segamat atau Encik Hisyammudin, Pegawai Eksekutif BHEA Kampus Larkin dalam masa terdekat ini.

1 comment:

Anonymous said...

Ϝrom there, the doctor will be ablе to let you ҝnow if you can get through future panic attacks on yоսr own. A persοn suffering fгom thіs ɑttack is
suggested to have ѕesame oil massage every day either in tҺe morning or before gοing to bed.
What is the Panic Away One Move Technique
capable of.

Feel freе to visit my weЬsite Linden Method Free Copy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...